Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, hijab itu penjaga, jadi mahkota serikandi.

Saturday, June 27, 2009

TEMUBUAL TENTANG PEMAKAIAN TUDUNG


Tiga orang wanita ditemubual oleh wartawan tentang pemakaian tudung. Tontoni bagaimana reaksi mereka. Pada pendapat saya, walau apa pun kata mereka, perkara ini tidak perlulah diperdebatkan lagi kerana sememangnya sudah termaktub menurut aurat itu wajib seperti yang diperintahkan Allah. Sesiapa yang tidak berbuat demikian bermakna menentang Allah.

"Jangan pakai hijab,kamu nampak hodoh"

Friday, June 19, 2009

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Saya memetik cerita oleh al-ihsan95 ini dari ruangan artikel iluvislam.com. Kisah ini amat menarik sekali dan saya poskan di sini dengan tujuan agar ianya dapat menambahkan lagi penyebarannya seterusnya dapat menginsafkan kita semua...mudah-mudahan.
Kisahnya begini ...

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan. Di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. "Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : "Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu."

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sedekah itu dapat menutup 70 rbu kejahatan."

Thursday, June 11, 2009

Friday, June 5, 2009

ILMU OH ILMU


Renungilah kata-kata ini sedalam-dalamnya terutamanya kepada mereka yang bergelar pelajar.